Friday 8 July 2016





Assalamualaikum WBT. dari abah untuk semua!!

Kenal x logo ni? X kenal?? Kenapa x kenal?? Ooo...xde orng kenalkan ye..

Xpe, untuk entry ni, kita nk kongsi sikit asal usul Putu Piring Abah (PPA) ni. Yo la kan x kenal camne nk cinta kn...

Kami start "memutu" ni pada tanggal 16 September 2014, di Taman Desa Cempaka, Nilai. Saja start time hari Malaysia..senang nk ingat dan yg paling best, satu Malaysia Abah bg cuti tiap kali anniversary abah..hehehehe...

Idea nk berniaga ni memang da lama da ada...sejak zaman2 U lg..tp time tu lebih kepada try n error period untuk cari bidang yg kita betol2 minat..alhamdulillah, akhirnya jumpe jgk passion sy, iaitu MAKANAN & TRADISI.

Inilah gerai masa mula2 Berniaga dulu.. comel kn?


Jika dibandingkan dari segi rasa, kami di PPA percaya yg makanan tradisional kita ni setanding dengan dessert barat mcm pavlova, macaron n cream puff. Tp dr segi populariti, kuih tradisional mmg jauh ketinggalan la, lebih2 lg dengan golongan muda. Rasanya budak2 lg kenal marshmallow drpada kuih dangai kot.

Salah satu sebab utama kuih tradisional kurang popular adalah disebabkan x ramai peniaga2 kuih tradisional di luar sana. Macam mana makanan tu nk popular kalau xde orng jual kn? Last2 makanan tradisi tu lenyap ditelan masa..

Sayang dan rugi la kalau makanan tradisi kita hilang mcm tu je kn..Mungkin ada yg beranggapan perniagaan kuih tradisional ni x untung dan hanya dimonopoli oleh orng2 tua je..Fikirkan semula. Sy berusia 26 thun time mula2 start PPA ni dari kosong. Dan ada juga orng yg lagi muda dr saya yg buat bisness ni tau. Potensi perniagaan ni tinggi disebabkan kurang/xde persaingan. Pada sy, asalkan kita berniaga dengan niat yg bersih, dan produk yg berkualiti, in sha Allah perniagaan kita akan maju.

Situasi biasa di gerai PPA. (dibuka setiap hari kecuali jumaat, 1pm-6.45pm)


PUTU PIRING ABAH (PPA) ditubuhkan dengan Visi "Memartabatkan Makanan Tradisional Melayu di Mata Dunia".

Alhamdulillah, setelah hampir 2 tahun beroperasi, penerimaan dan sambutan yg diterima PPA amat menggalakkan. Bersedia untuk mengembangkan lg sayap kami, pelbagai perancangan telah dirangka seiring dengan Visi kami untuk mempopularkan lg mknan tradisi ini.

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi info berkenaan bisness putu piring dikalangan usahawan baru dan otai, serta bertujuan untuk menambahkan lg kenalan. Selain itu, blog ini juga bertujuan untuk menarik minat masyarakat khususnya golongan muda untuk menjadi usahawan putu piring dengan pakej2 latihan dan peralatan yg akan didedahkan dari masa ke semasa.

Salam
Putu Piring Abah (PPA)

Nizam 0132507085
Salmi 0172041898

No comments:

Post a Comment