Monday 18 July 2016

Kelebihan business putu piring





Assalamualaikum WBT. dari abah untuk semua!!

Selamat kembali Ke blog Putu Piring Abah!!

PPA doakan semua sihat2 selalu.

Pernah x korng terfikir apa faktor yg mempengaruhi keputusan korng untuk ceburi sesuatu business? X Kesah la apa faktor2 korang, yg penting perlu ada MINAT dan korng paham kelebihan yg business tu dapat offer. Jgn buat bnda yg kita x minat hanya sebab ramai yg buat, sbb x ramai yg nk tolong bila kita tersungkur!

Nak Jumpe bidang yg kita betul2 minat ni slalunya mmg makan masa..kalau senang2 je jmpe minat kita dari kecik, nescaya PPA x ambil degree dalam bidang mechanical engineering..cnfrm PPA amek degree dlam bidang business management Ke, food science ke..xpon x payah masuk U, just join kursus dr Azizan (DAO) je..

Sementara korang try2 experiment dalam hidup dalam misi mencari "passion" korng, Meh PPA list kan beberapa kelebihan business putu Piring ni. So kalau rasa passion korng tu dalam bidang makanan, at least da tau info pasal putu Piring ni..

5 kelebihan business putu piring

1: Kos yg berpatutan
Tiap kali pikir pasal business, mmg kos la benda pertama yg masuk dalam kepala kita. Kos untuk memutu ni x tinggi. Untuk permukaan, cuma kos periuk kukus tu je yg mahal skit . kos untuk bahan mentah mmg xde masalah, sbb kita boleh beli sikit2.. Untuk entri seterusnya, kita akan cite panjang lebar lagi pasl kos ni ye.

2: Permintaan yg tinggi
Situasi gerai jual putu Piring/putu bambu dikerumuni pelanggan mmg selalu kita lihat kan? So xyah la PPA nk ulas lg.

3: Persaingan yg kurang
Disebabkan x ramai yg terer proses tepung putu, dan x ramai gak yg sanggup nk kluar modal beli periuk putu, jd persaingan terhadap peniaga2 putu adalah kurang berbanding dengan business2 yg mengikut trend yg tumbuh bagai cendawan ni.

4: Risiko yg terkawal
Bahan mentah untuk business putu Piring seperti tepung dan gula ni boleh tahan lama dengan syarat cara penyimpanan kne betul. Lain dengan business nasi berlauk, jika sambutan pelanggan pada hari tu x memberansangkn, lauk yg x dijual pada hari itu akan menyebabkan kerugian.

5: Pelbagai business sampingan
Peniaga putu Piring ni, selain dr jual kuih putu, diorng boleh jugak jual tepung yg da Siap proses. Selain tu, yg mana otai2 putu ni Siap boleh franchise kan business diorng kt orng lain lagi.

Ok, sampai sini je entry kali ni. Jmpe lg!!


Salam
Putu Piring Abah (PPA)

Nizam 0132507085
Salmi 0172041898

No comments:

Post a Comment