Monday 18 July 2016

Kelebihan bisness Putu- kos peralatan


Assalamualaikum WBT dan salam PPA buat semua,

Entri kali ni Putu Piring Abah nak sambung lagi cerita mengenai kelebihan bisnes putu ni..dan kali ni kita akan cerita bab KOS perniagaan.

Putu Piring Abah faham mmg ramai yg nk tau pasal topik ni sebelum start bisness, tp x ramai yg sudi share..ye la kan, ni dikira macam rahsia perniagaan jugak..

Tapi memandangkan misi utama blog ni adalah untuk berkongsi ilmu Dan menarik minat lebih ramai usahawan untuk menceburi bidang "memutu", PPA decide untuk sharekan kt sini. 
  
Tp kami ingatkn dulu ye, segala kos yg ditunjukkan di sini adalah dr perkongsian pengalaman KAMI sendiri di PPA, Dan mungkin berbeza dr peniaga putu yg lain. Dan segala kos yg ditunjukkan di sini adalah sah pada masa artikel ini di"post"kan.

Kos putu Piring ni secara kasarnya terbahagi kepada 2;
1: kos peralatan
2: kos bahan mentah

KOS PERALATAN

Kos peralatan ni adalah kos yg diperuntukkan bg barang2 yg korng akan gunakan untuk tempoh masa yg lama seperti dapur, tong gas, tungku, khemah, stall Dan lain2. Kos untuk setiap orng berbeza mengikut kemampuan Dan keadaan. Nasihat PPA, start bisness dengan apa yg ada dlu..

Macam time PPA mula2 start operation dlu, modal permulaan kami semua dilaburkan untuk belajar cara proses tepung, beli periuk putu Piring dan beli cat untuk cat stall lama ayah mertua. Barang2 lain, semua PINJAM....
(serious mmg tebal muka la time nk pinjam barang tu)

Dan dalam banyak2 peralatan tu, yg paling PENTING mestilah PERIUK PUTU PIRING.

Jgn pelik sebab periuk ni petak ye. Mmg biasa nmpak periuk bulat kan

Periuk putu Piring ni de yg jenis HAND MADE Dan buatan KILANG. Putu Piring Abah da try dua2 jenis Dan kesimpulan kami, baik korng  tempah yg hand made punya je. Walaupun mahal sikit Dan perlukan dalam 2 minggu (paling cepat) untuk siap, tp korng x payah nk pening2 kepala nnti bila periuk korng start leaking. Sebabnye, bkn senang nk cari kedai yg welding stainless steel guna timah ni tau. Dan satu lg, Piring yg disediakan bila kita beli periuk dr kilang tu besar Dan leper sangat. Kalau nk hantar alter ikut saiz yg sesuai untuk putu, kos dia mmg tinggi..Satu Piring rm 15..so 20 Piring tu kena la rm300. Tp kalau anda selesa dengan ukuran Piring dr kilang untuk putu anda, teruskanlah..

Inilah rupa Piring lepas di alter. Tak terlampau besar dan dasar yang melengkung sikit.

Mesti korng nak tau berapa kos untuk periuk kan?? Harga bg periuk putu Piring home made 20 lubang adalah rm1200. Saiz Piring Siap alter macam gambar kt atas tu. Kelebihan alter Piring ni adalah kuih x cepat patah Dan lebih gebu (sebab bahagian bawah yang melengkung).

Kalau yg baru nk start dan x mampu tempah periuk hand made, boleh beli buatan kilang dengan harga diantara rm700-800. (Harga anggaran, sbb da lama x beli).

Kalau ada sesiapa yg nk tempah periuk putu Piring, boleh hubungi;

Nizam: 0132507085
Salmi:0172041898

Disebabkan entri kali ni Putu Piring Abah da Bebel panjang2, kupasan mengenai kos bahan mentah tu kita akan sambung nnti ye. 

Ok, ni 3 rumusan untuk entry kali ni:

1: start bisness ikut KEMAMPUAN dan elakkan berhutang.
2: untuk mendapat untung masa panjang, laburkan modal anda pada ilmu mengenai bisness dan peralatan penting yg akan digunakan.
3: Sila like page putu Piring Abah di fb untuk mendapatkan info2 terkini mengenai PPA.

Salam
Putu Piring Abah (PPA)

Nizam 0132507085

Salmi 0172041898

No comments:

Post a Comment