Tuesday 19 July 2016

Kelebihan business putu piring-kos bahan mentah


Assalamualaikum WBT dan salam PPA buat semua,

Seperti yg dijanjikan, Putu Piring Abah nak sambung lagi cerita mengenai kos memutu ni. Sebelum ni PPA da terangkan serba sedikit mengenai kos yg pertama iaitu KOS PERALATAN, Dan sekarang kita akan sambung pasal KOS BAHAN MENTAH pulak.

2. KOS BAHAN MENTAH

Secara mudahnya, ini adalah kos yg korng pakai hari2..Kos bahan mentah ni termasuklah kos tepung putu Piring (proses sendiri atau beli) dan bahan2 harian yg diperlukan seperti gula melaka, kelapa, daun pisang, packaging Dan sebagainya.

Bagi yang belum pandai buat tepung sendiri, PPA sarankan supaya anda belajar. Anda boleh cuba mencari peniaga2 putu Piring yg sedap Dan Cuba berbaik2 dengan mereka agar Terbuka pintu Hati mereka untuk ajar anda ilmu memutu. 

Berdasarkan pengalaman PPA, bkn senang nk cari orng yg nk bg ilmu memutu ni. Time PPA nk belajar dulu, kami pernah pergi Ke KL, Selangor, Dan Perak (selain Negeri Sembilan) untuk cari orng yg nk ajar putu ni selain belajar sendiri melalui internet Dan video.. Berdasarkan pengalaman PPA, lebih mudah belajar proses tepung ni secara "one to one" dengan sifu dr belajar melalui internet. Sebabnya, ada teknik2 yg tidak dapat dipelajari melalui internet, kerana tiada orang untuk guide kita. Walaupun kursus putu piring agak mahal, anggaplah ia sbg pelaburan jangka panjang anda..untuk mahir dalam memproses tepung putu piring memerlukan masa, jd pilih la kursus yg ajar anda sampai mahir dan tiada limit masa seperti yg kami lakukan dulu. 

Disebabkan itu, kami decide untuk mengajarkan ilmu ini kepada yg menginginkan..kepada yg serious inginkn ilmu ini, contact kami segera!! 

P/s: jgn pandang yuran, pandang lah pulangan.

Untuk join kursus putu Piring "one to one", contact no di bawah;

Nizam: 0132507085
Salmi: 0172041898
*Offer ini boleh ditutup pada bila2 masa shaja!!


Tapi bagi yang tidak berminat untuk membuat tepung atau tiada masa,anda boleh mencari supplier tepung putu Piring tapi pastikan pembuat tepung tu pun peniaga putu Piring juga supaya anda boleh merasa dulu putu hasil dari air tangan dia. Baru Puas Hati ye.. Kalau beli yang dah Siap ni lebih mudah sbb anda hanya perlu sediakan gula,kelapa Dan daun pisang..dah boleh niaga..

Penyediaan tepung putu memang agak rumit tapi pulangan dia lumayan. Sebab masih tak ramai yang berani nak mulakan perniagaan putu Piring ni..Meh kami nk share kiraan kos kalau korng buat tepung sendiri dan beli.


Kos bagi tepung putu proses sendiri

Anggaran tepung 5kg
1.Tepung Beras 5kg (RM3.2per kg)= RM16
2.Air tapis=RM0.60
3.Garam=RM0.10
4.Gas=RM2.80

5.Gula Melaka 3kg (RM3.75 per kg) + upah potong (RM2.00 per kg)  = RM17.25
*xlarat nk potong gula sendiri, upah je.
6.Kelapa parut 2biji (RM2.20 per biji) = RM4.40
7.Daun Pisang 1ikat= RM1.00

Lain2 kos
1.Lunch box = RM7.70
2.Gas (8kali guna)(RM28/8)=RM3.50

Total kos = RM53.35

Anggaran jualan 5kg =
1kg(85pcs)
5kg(85*5kg)=425pcs
Selling price = RM0.60 per pcs

425*0.60=RM255.00

Untung kasar = jualan - total kos
= RM255.00-RM53.35
=RM201.65 untuk jualan 5kg
*kiraan tidak termasuk upah pekerja tambahan,Sewa kedai Dan pengangkutan.

Kos bagi yang membeli tepung Siap (ready made)

1kg tepung=Rm14 (85pcs)
5kg*rm14=Rm70


Note:
*Berat 1kg tepung beras setelah diproses adalah berbeza (lebih berat) kerana telah dicampur air.
** RM14 adalah harga untuk 1kg tepung sblum diproses.
***ada supplier yg menimbang tepung selepas diproses dan dijual dengan harga yg lebih murah.

Kos yang lain Sama seperti di atas.

Jumlah kos 5kg tepung ready made.
RM70+ RM 33.85 =rm103.85

Jumlah jualan 5kg = RM255.00

Untung kasar = RM255.00-RM103.85 = RM151.15.

Amacam?? Untung kan kalau proses tepung sendiri? Pe lg, contact la kami untuk mendaftar kursus putu Piring "one to one". Kalau nk order tepung putu ready made pn boleh contact;
Nizam:0132507085
Salmi:0172041898

Kalau da mahir nnti korang pn boleh buat bisness supply tepung. 

Tp, kena diingatkan, kos untuk korng proses tepung untuk kegunaan sendiri dan untuk komersial adalah berbeza. 

Ini adalah kerana untuk supply tepung dengan kuantiti yg tinggi, korng mmg kene upah pekerja, kalau x gerenti korng x larat nk hadap berpuluh kilo tepung hari2..korng jugak mungkin perlu Sewa kedai untuk proses tepung, dan perlu beli chiller atau freezer untuk simpan stock tepung tu. Benda2 ni la yg menaikkan kos tepung putu tu.

Ok, mcm biasa, ni 3 ringkasan dr post di atas:
1: belajar memutu ni seeloknye biar berguru secara berdepan2, lg senang mahir berbanding gne buku, internet dan video.
2-lg untung kalau proses tepung sendiri, tp kalau beli tepung kt supplier pn still untung gak.
3-like page putu Piring Abah di fb untuk maklumat lanjut.


Salam
Putu Piring Abah (PPA)

Nizam 0132507085

Salmi 0172041898

1 comment:

  1. takmo buat step by step bergambar atau video ke untuk proses buat tepung?

    ReplyDelete