Thursday 11 November 2021

KURSUS PUTU PIRING ABAH

 Assalamualaikum semua.

Adakah anda berminat dengan perniagaan putu piring tapi anda ada masalah ini?

1. Nak belajar buat putu piring tapi TAK ADA orng nak ajar?

2. Dah cuba banyak resepi yang search di google, tp bila buat TAK JADI?

3. Kuih putu bila da masak patah2, GERAM tengok gambar putu orang lain kt facebook cantik elok je.

4. Kuih putu MELEKAT dalam mulut, tak cair dalam mulut.

.5. Dah pergi kursus tempat lain..mahal. Tp bila buat sendiri tak jadi. 

Kalau anda mengalami masalah di atas, jom sertai kursus lengkap putu piring selama satu hari bersama PUTU PIRING ABAH .

 

APA YANG AKAN ANDA PELAJARI

1. Proses pembuatan tepung putu piring dari awal sehingga siap, bermula dengan sukatan bahan, teknik menggaul, proses dan masa mengukus serta peralatan yang digunakan. Kami akan berikan 100% ilmu kepada para peserta tanpa disorokkan apa2. 

2. Para peserta akan diajar cara untuk setup susunan gerai, melayang piring dan teknik memasak putu secara praktikal.

3. Tips dan pengalaman sepanjang penglibatan kami dalam perniagaan ini akan turut dikongsikan ketika kursus nanti.


SIAPA YANG PERLU HADIR KURSUS INI?

1. Group baru nak start.

Mereka yang ingin menambah pendapatan melalui perniagaan amat digalakkan. Ini kerana putu piring sangat mendapat sambutan serta tidak mempunyai persaingan yang tinggi. 

2.  Group nak upgrade.

 Peniaga putu piring yang dah menjalankan perniagaan tapi mengalami masalah seperti kuih rapuh dan senang patah, kuih melekat, padat dan sebagainya.


KELEBIHAN KURSUS PUTU PIRING ABAH

1. Peserta akan diajar oleh peniaga yang berpengalaman.

2. Diajar secara praktikal.

3. Pembelajaran yang mudah difahami dan dipraktikkan. Resepi kami sudah diolah dari cara tradisional yang menggunakan sukatan "agak2" kepada cara sukatan yang boleh disukat. Jadi kualiti tepung anda akan lebih konsisten.

4. Kelas akan dijalankan secara INDIVIDU, bukan berkumpulan. 

5. Khidmat nasihat berterusan selepas habis kursus. Peserta bebas bertanya jika ada sebarang masalah dan kemusykilan.

6. Selain itu, kami juga merupakan pembekal periuk putu piring. Anda boleh mendapatkan kelengkapan perniagaan anda bersama kami dengan jaminan kualiti terbaik.


SIAPA YANG AKAN AJAR RESEPI PUTU PIRING NI?

Peserta akan diajar oleh pemilik PUTU PIRING ABAH sendiri. Resepi yang digunakan adalah resepi tradisional pembuatan putu piring yang mengambil masa lebih kurang 6jam untuk disiapkan. Sepanjang menjalankan perniagaan, kami sentiasa menambah baik mutu pembuatan tepung putu piring kami untuk memastikan kualiti tepung sentiasa konsisten. Rasa dan kualiti putu piring kami adalah senjata utama yang membuatkan perniagaan kami bertahan selama ini. Dan kini kami ingin berkongsi rahsia ini dengan anda.

Untuk rekod, putu piring abah pernah dijemput dalam rancangan tv Selamat pagi Malaysia, Feel Good Show NTV7, LENSA SISWA, dan facebook mymakantv. 

Dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia

bergambar di set feel good show NTV7




KENAPA KAMI BUKA KURSUS PUTU PIRING? KAN LAGI BAGUS DIAM2 JE. LAGI KURANG PERSAINGAN, LAGI TINGGI UNTUNG KAN?

    Sepanjang saya menjalankan perniagaan putu piring semenjak tahun 2014 ini, saya telah mengajar ilmu, resepi dan tips perniagaan kepada puluhan orang yang berminat dengan peniagaan putu piring ini. Sebenarnya, saya tidak pernah menganggap kursus ini sebagai satu cabang perniagaan saya walaupun saya ada mengenakan sedikit yuran untuk kursus tersebut. Ini kerana saya tahu sangat susah untuk mencari orang yang ingin mengajar resepi putu piring ini.

Terkenang ketika ingin memulakan perniagaan putu piring ini dahulu, saya mencuba dengan menggunakan resepi dari internet. Pelbagai resepi yang ada saya cuba, gabungkan dan cuba olah resepi yang ada tapi semua resepi itu TIDAK MENJADI. Masa tu dalam hati dah terdetik yang resepi di internet ini mungkin tidak lengkap atau bukan resepi original seperti yang peniaga putu piring gunakan. Kemudian saya mula mencari peniaga putu piring terlalu ramai peniaga putu yang saya jumpa untuk belajar ilmu dan resepi putu piring ini tapi kebanyakan peniaga putu tidak mahu berkongsi, dan ada juga peniaga yang meletakkan yuran sehingga mencecah rm3,000 untuk mempelajari resepi mereka. Ketika itu juga saya berazam sekiranya saya dapat mempelajari resepi putu piring ini, saya akan mengajarkan kepada sesiapa yang berminat.

Tetapi, kursus putu piring ini bukan untuk semua orang ye. Jika anda hanya ingin mencuba2 dan tidak serius dalam perniagaan putu piring, saya cadangkan anda mencari perniagaan lain untuk dicuba. Ini kerana perniagaan putu piring memerlukan modal awal yang agak tinggi serta memerlukan masa dan komitmen dari anda untuk berjaya. Jika anda tidak bersungguh2 dalam perniagaan ini, sudah tentu modal yang dilaburkan tidak akan mendatangkan hasil yang diharapkan.

KEPADA MEREKA YANG BERMINAT DAN SERIUS DALAM PERNIAGAAN PUTU PIRING, KAMI MENJEMPUT ANDA UNTUK MENGHADIRI KURSUS INI.

Sila hubungi PUAN SALMI di talian 0172041898 untuk keterangan lanjut mengenai kursus ini.










Friday 5 November 2021

3 TIPS BERNIAGA PUTU PIRING


1. Lokasi Yang Strategik

Untuk business putu piring, lokasi yang paling sesuai adalah gerai tepi jalan yang menpunyai trafic yang tinggi dan kemudahan parking yang banyak tapi tidak mengganggu lalu lintas. Ini kerana gerai tepi jalan mempunyai “visibility” yang tinggi dan mudah menarik perhatian pelanggan untuk membeli. Sepanjang berniaga, kami dah mencuba beberapa premis seperti kiosk mall, gerai kecil, shop lot, serta food court tapi lokasi yang memberi pulangan paling tinggi adalah gerai tepi jalan. Walaubagaimanapun, berniaga gerai mempunyai cabaran yang tinggi seperti perlu berhadapan dengan cuaca hujan dan panas, serta agak penat untuk setup dan kemas gerai setiap kali berniaga kerana kebanyakan majlis perbandaran mensyaratkan peniaga tepi jalan untuk mengosongkan tempat niaga selepas habis berniaga. (Jangan main tinggal je barang niaga nanti kena sita).


2. Marketing 

Marketing sangat penting lebih2 lagi kepada peniaga yang memilih untuk berniaga dalam bangunan seperti mall atau food court. Untuk menjalankan marketing yang berkesan, pertama sekali anda perlu mempunyai brand produk sendiri. Kemudian ciptakan logo dan tagline yang bersesuaian dengan produk anda. Ini langkah yang penting supaya pelanggan dapat membezakan produk anda dengan pesaing. 


Gunakan marketing online dan offline. Marketing secara offline (banner/bunting/flyers) sangat membantu menarik pelanggan ke gerai anda. Untuk marketing online, gunakan semua platform yang ada dan fokus pada marketing percuma dahulu. Kalau ada budget lebih dan business sudah stabil, boleh gunakan ads berbayar atau jemput food review ke kedai anda.

3. Rasa/ Resepi

Rasa produk adalah faktor utama yang membuatkan pelanggan kembali ke kedai anda. Secara ringkasnya, lokasi dan marketing adalah tools untuk menarik pelanggan ke gerai, manakala rasa da service pula “mengikat” pelanggan ke kedai. Selain itu, pelanggan yang berpuas hati dengan rasa dan layanan pasti akan menghebahkan kepada kenalan mereka. Secara tidak langsung, perniagaan anda akan lebih dikenali.

Wednesday 3 November 2021

APA YANG ANDA PERLU TAHU SEBELUM MEMBELI PERIUK PUTU PIRING

 Assalamualaikum W.B.T.

Hari ini saya ingin menulis mengenai peralatan utama untuk memulakan perniagaan putu piring iaitu Periuk putu piring. Sebelum memulakan perniagaan kebanyakan usahawan baru pasti akan mengalami masalah untuk mencari periuk yang sesuai memandangkan terdapat pelbagai jenis, bentuk, dan saiz periuk yang dijual di pasaran. diharap penulisan ini dapat membantu usahawan baru untuk mendapat info dan gambaran sebelum membuat pembelian. 

**Penulisan ini berdasarkan pendapat dan pengalaman saya sendiri sebagai usahawan putu piring, tiada masalah jika anda tidak bersependapat.


1. BENTUK PERIUK

Secara lazimnya periuk putu piring ada 2 bentuk, iaitu BULAT dan PETAK. 

  

Sebagai peniaga, saya lebih cenderung menggunakan periuk petak kerana kedudukan corong yang selari memudahkan untuk saya meletak dan mengangkat kuih dari periuk. Ketika meletak kuih untuk dimasak, saya akan menyusun kuih secara selari dari baris bawah hingga baris paling atas. Ini memudahkan saya untuk mementukan giliran kuih untuk diangkat apabila kuih sudah masak dan mengurangkan risiko tangan terkena wap panas(cara memasak putu/teknik/dan tips akan saya terangkan pada post akan datang, in sha ALLAH).

2. SAIZ PERIUK/ BILANGAN CORONG PERIUK.

Berdasarkan pengalaman kami berniaga, saiz periuk yang sesuai untuk berniaga adalah 20-25 LUBANG, dengan periuk berbentuk segi empat. ini adalah kerana lebih mudah menjual putu piring dalam gandaan 5. Kenapa lebih mudah jual dalam gandaan 5? ini adalah kerana faktor harga dan bentuk periuk.

Faktor harga

Contohnya harga kita jual rm0.60sen sekeping. Jadi 1 bungkus ada 5 keping rm3. 

Kalau rm0.70 sekeping, 1 bungkus 5 keping rm3.50.

kalau rm0.80 sekeping, 1 bungkus 5 keping rm4.

Jadi bila kita jual dalam gandaan 5, kita tak pening nak kena standby duit syiling banyak2 untuk pulang baki. Cuba bayangkan kita jual sekeping rm0.80, untuk set 1 bungkus ada 4 keping. Jadi harga jualan adalah rm3.20 sebungkus. Kalau pelanggan bayar rm4, kita kena selalu standby baki 80sen. 

Faktor bentuk periuk

Untuk periuk putu piring berbentuk petak yang bersaiz 20-25 lubang, setiap baris akan mempunyai 5 biji lubang/corong. Bila kita menjual putu piring dalam gandaan 5, bermakna setiap kali mengukus kita akan dapat menyiapkan 4 ke 5 set putu piring bergantung pada saiz periuk. 



3. SAIZ PIRING/ACUAN 

Salah satu faktor yang mempengaruhi bentuk dan tekstur putu adalah saiz acuan putu. Kebanyakan acuan putu piring yang dijual di pasaran mempunyai diameter yang BESAR dan bentuk yang RATA. Ini menyebabkan bentuk putu yang dihasilkan leper dan rapuh. 

piring
piring di pasaran


Untuk mendapatkan bentuk putu yang cantik dan tidak mudah patah, diameter piring yang sesuai adalah 7.5cm dengan lengkung sedalam 1cm seperti gambar di bawah.

Piring tempah khas

           

4. KUALITI PERIUK

Ini paling PENTING. Periuk yang tak berkualiti bukan sahaja akan merugikan duit anda, malah akan merugikan masa dan paling teruk, perniagaan anda terpaksa ditutup sementara kerana periuk anda rosak. Jadi, macam mana nak periksa kualiti periuk putu piring ni? Mari saya jelaskan.

Cara Sambungan Periuk

Kualiti sesuatu periuk putu piring itu ditentukan oleh cara sambungan pada bahagian-bahagian penting seperti badan periuk, sambungan atas corong dan bahagian batang corong. Pembuatan periuk yang baik menggunakan kaedah kelim untuk menyambungkan dua bahagian yang bertemu sebelum dikuatkan dengan saduran timah/welding. 

Contoh sambungan periuk yang baik


Jika sambungan hanya bergantung pada welding sahaja, maka bahagian-bahagian yang bersambung akan mudah patah dan bocor. Ini kerana periuk putu piring akan mengembang kerana digunakan dalam keadaan suhu dan tekanan yang tinggi ketika memasak dan akan melemahkan tempat sambungan. 

Kebanyakan periuk putu piring yang berada di pasaran adalah buatan KILANG, di mana sambungan dibuat menggunakan welding sahaja. akibatnya, periuk putu tidak tahan lama dan perlu diperbaiki selalu. Walaupun harganya lebih murah berbanding yang ditempah, tetapi untuk jangka panjang ianya tidak berbaloi.

 

Jenis Bahan

Pastikan periuk diperbuat menggunakan stainless steel, kerana ianya lebih kukuh, tidak berkarat dan juga lebih tahan lama. JANGAN membeli periuk yang menggunakan aluminium.

Kemasan Produk

Selain itu, kemasan akhir pada periuk juga penting. Pastikan bahagian luar corong dan piring telah ditumpulkan terlebih dahulu. bahagian hujung piring/corong yang tidak ditumpulkan adalah bergerigi
dan boleh mendatangkan kecederaan.


5. HARGA

Periuk putu piring di pasaran boleh didapati dengan harga serendah rm600 hinggalah setinggi ribuan ringgit untuk saiz 20 lubang. Untuk para usahawan yang ingin serius dalam perniagaan putu piring, saya cadangkan untuk mereka memilih periuk dengan kualiti yang baik walaupun harganya lebih tinggi. Cuba cari periuk dengan kualiti yang baik dengan harga yang berpatutan, jangan pula membeli periuk yang mahal tapi tidak berkualiti.


KESIMPULAN

Sebelum membeli periuk putu piring, periksa dulu jenis bahan, teknik kimpalan, kekemasan produk dan harga yang ditawarkan. Harga yang mahal atau tempahan khas tidak bererti kualiti yang bagus. Ada juga kes pelanggan yang menempah periuk di sebuah kedai besi dengan harga yang tinggi tapi kualiti yang diterima sangat teruk. Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, sebelum membeli periuk putu, cuba bertanya kepada peniaga putu senior di mana mereka dapatkan periuk yang mereka guna. Kemudian gunakan tips yang saya tulis untuk nilai kualiti periuk itu.

ANDA JUGA BOLEH MENGHUBUNGI SAYA,  013 2507085 (NIZAM) UNTUK MENEMPAH PERIUK PUTU PIRING. KAMI JUGA MENGADAKAN KURSUS MEMPROSES TEPUNG PUTU PIRING KEPADA USAHAWAN YANG BERMINAT.